Saturday, 19 August 2017
Aktiviti Pelajar

Aktiviti-Aktiviti Pelajar

Berlainan dengan program persediaan/matrikulasi lain, PPKS UMK menyediakan pembelajaran secara experiential learning dan hands-on learning.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pelajar:-
  1. Program Keusahawanan - pelajar berniaga kecil-kecilan di KMKulim dimana mereka harus bijak menguruskan kewangan dan mengendalikan pelanggan
  2. Aktiviti My Kampung Adventure - melibatkan diri dengan aktiviti keusahawanan kampung iaitu perusahaan roselle dan misai kucing (penanaman hingga pembungkusan) serta pembuatan kraf daripada bertam (jungle-trekking, penghasilan kraf)
  3. Field Trip ke Mardi, Exxon Mobile dan Pusat Nuklear Negara - aktiviti field trip yang banyak mendedahkan pelajar kepada pengaplikasian pembelajaran dan secara tidak langsung membuka mata mereka kepada peluang pekerjaan
  4. Aktiviti Subjek Biologi dan Keusahawanan - berbeza dengan subjek Biologi lain, PPKS UMK memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam bidang Biologi dan keusahawanan dengan penanaman sayuran dan penternakan puyuh. Pelajar diajar berdikari dan dilatih sikap bertanggungjawab
  5. Kemahiran Komunikasi - PPKS UMK menekankan kepada kemahiran komunikasi dalam pembelajaran melalui kaedah presentation, drama, seminar dan group discussion.