Tuesday, 27 June 2017
Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2017/2018
Written by webmaster   
Wednesday, 05 April 2017 00:00
PENDAFTARAN PELAJAR BARU
PROG. ASASI SAINS UMK-MARA /
PROG. ASAS SAINS & TEKNOLOGI UniKL (FiST UniKL) /
PROG. MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (MKPM) /
PROG. PRA-UNIVERSITI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (PRA-U USM)
SESI 2017/2018

 

21hb Mei 2017 - Ahad (Asasi Sains UMK-MARA)

22hb Mei 2017 - Isnin (FiST UniKL)

04hb Jun 2017 - Ahad (MKPM)

12hb Jun 2017 - (Pra U USM)

 

  • Pendaftaran & Taklimat

    • Pendaftaran Pelajar
      • Masa : 8:30 pagi - 12:30 tengah hari
      • Tempat : Blok Akademik Utama KMKulim
    • Taklimat Waris & Mesyuarat Muafakat
      • Masa : 10:30 pagi - 12:00 tengah hari
      • Tempat : Dewan Besar, KMKulim
  • Penampilan Semasa Pendaftaran

    • Pelajar Lelaki
      • Berkemeja (warna kosong), bertali leher dan berseluar 'slack' warna gelap (Jeans dan slack 'cotton' - TIDAK DIBENARKAN)
      • Berkasut (sepatu) kulit/PVC berwarna gelap dan berstokin (Selipar, sandal, kasut bercorak, kasut sukan, kasut kasual - TIDAK DIBENARKAN)
      • Berambut kemas tidak mencecah kolar baju. Misai dan janggut diurus rapi dan kemas.
    • Pelajar Perempuan
      • Berbaju kurung (Bagi pelajar Islam : Bertudung dan menutup aurat)
      • Berkasut (sepatu) kulit/PVC berwarna gelap hitam/gelap. (Selipar, sandal, kasut bercorak, kasut sukan, kasut kasual - TIDAK DIBENARKAN).

 

** Sila rujuk Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Sesi 2017/2018 untuk maklumat yang lebih lengkap. Buku panduan serta borang pendaftaran hendaklah dimuat turun dan dicetak sendiri.

Klik sini untuk muat turun Buku Panduan Pendaftaran dan Borang-borang Pendaftaran KMKulim.

Pelajar-pelajar hendaklah mengisi dan MELENGKAPKAN Borang-borang Pendaftaran sebelum datang mendaftar pada hari pendaftaran!

** Ralat Borang Pendaftaran : Kesilapan format mukasurat. Pastikan borang yang anda telah muat turun adalah versi terkini --> "Borang Pendaftaran KMK 1718v2.pdf". Sekiranya dimuat turun sebelum 17/05/2017 10:55am sila muat turun semula. Segala kesulitan amatlah dikesali

 

 

Sebarang pertanyaan lanjut yang berkaitan, sila hubungi :-

  • 04 490 6422 sambungan 202 - Pn Hjh Ani Mardiah bt Azmin (Timbalan Pengarah HEP)
  • 04 490 6422 sambungan 203 - Pn Hjh Zailan bt Mansor (Timbalan Pengarah HEA)
Last Updated on Wednesday, 31 May 2017 08:33