Friday, 25 April 2014
Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2014/2015
Written by webmaster   
PENDAFTARAN PELAJAR BARU
PROGRAM ASAS SAINS & TEKNOLOGI UniKL (FiST UniKL)/ 
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (MKPM)/
PROGRAM PERSEDIAAN KEUSAHAWANAN SAINS UMK (PPKS UMK)/
PROGRAM PRAUNIVERSITI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (PRA-U USM)
SESI 2014/2015

 

19hb Mei 2014 - Isnin (FiST UniKL)/

25hb Mei 2014 - Ahad (MKPM)/

26hb Mei 2014 - Isnin (PPKS UMK)/

02hb Jun 2014 - Isnin (Pra-U USM)

 

 

  • Pendaftaran & Taklimat

    • Pendaftaran Pelajar
      • Masa : 8:30 pagi - 12:30 tengah hari
      • Tempat : Blok Akademik Utama KMKulim
    • Taklimat Waris & Mesyuarat Muafakat
      • Masa : 11:00 pagi - 12:30 tengah hari
      • Tempat : Dewan Besar, KMKulim
  • Penampilan Semasa Pendaftaran

    • Pelajar Lelaki
      • Berkemeja (warna kosong), bertali leher dan berseluar 'slack' warna gelap (Jeans dan slack 'cotton' - TIDAK DIBENARKAN)
      • Berkasut (sepatu) kulit/PVC berwarna gelap dan berstokin (Selipar, sandal, kasut bercorak, kasut sukan, kasut kasual - TIDAK DIBENARKAN)
      • Berambut kemas tidak mencecah kolar baju. Misai dan janggut diurus rapi dan kemas.
    • Pelajar Perempuan
      • Berbaju kurung (Bagi pelajar Islam : Bertudung sempurna - labuh tudung mestilah menutupi ke bahagian dada)
      • Berkasut (sepatu) kulit/PVC berwarna gelap hitam/gelap. (Selipar, sandal, kasut bercorak, kasut sukan, kasut kasual - TIDAK DIBENARKAN).

 

Sebarang pertanyaan lanjut yang berkaitan, sila hubungi :-

  • 012 494 8839 - Tn Hj Ibrahim bin Teh ( Timbalan Pengarah HEP)
  • 012 408 2649 - Pn Hjh Zailan bt Mansor ( Timbalan Pengarah HEA)

** Sila rujuk Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Sesi 2014/2015 untuk maklumat yang lebih lengkap. Buku panduan serta borang pendaftaran hendaklah dimuat turun dan dicetak sendiri. Seterusnya borang pendaftaran hendaklah diisi selengkapnya dan diserahkan pada hari pendaftaran kelak.

**PENTING!! pastikan anda memuat turun fail yang betul mengikut sub kategori anda (Pra-U USM atau selainnya). Sila klik ---> SINI