Program Asasi Sains UMK-MARA |
PengenalanProgram Asasi Sains UMK-MARA merupakan program kerjasama antara UMK & MARA. Sebelum ini ianya dikenali sebagai Program Persediaan Keusahawanan Sains (PPKS). Pengambilan pelajar pertama adalah pada Mei 2011. Kaedah pengajaran adalah meliputi pengajaran teori (kuliah) dan amali. Walau bagaimanapun, pendekatan kerja lapangan, lawatan serta pembentangan dalam seminar berasaskan permasalahan juga digunakan. Program ini dikendalikan oleh Kolej MARA Kulim, Kedah.
Matlamat ProgramMelahirkan pelajar yang mempunyai latar belakang keusahawanan dan sains yang kukuh dan mencukupi untuk menampung keperluan pelajar berkualiti ke program ijazah pertama dalam bidang sains dan teknologi termasuk program Doktor Perubatan Veterinar dan program sains lain yang telah dirancangkan di Universiti Malaysia Kelantan.
Menyediakan Pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan asas dalam bidang keusahawanan yang disepadukan dengan sains dan teknolgi yang mantap bagi memupuk minat yang mendalam dalam bidang sains dan keusahawan untuk menjayakan hasrat UMK sebagai Universiti Keusahawanan yang unggul dalam dan luar Negara, khususnya dalam keusahawanan berasaskan sains dan teknologi.
Membina dan membentuk modal insan yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif, berketerampilan, mempunyai jati diri yang tinggi dan mempunyai nilai keusahawanan untuk menjadi pelapis profesional dan pemimpin masa depan Negara.
Memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di universiti.
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
Untuk maklumat lanjut sila layari : http://www.umk.edu.my
KOLEJ MARA KULIM (KMKulim)
Untuk maklumat lanjut sila klik >> sejarah KMKulim
|